Mengenai MySI

Pengenalan

Program Malaysia Social Innovation (MySI) merupakan inisiatif dibawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) sebagai agensi pelaksana. Program ini telah dilaksanakan semenjak tahun 2015 sehingga 2020 dan diteruskan pada tahun 2021.

Program ini merupakan inisiatif yang menjurus kepada penjanaan pendapatan untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat di kawasan bandar dan luar bandar. Inisiatif ini juga bertujuan untuk mengaplikasikan penggunaan teknologi bagi memenuhi keperluan sosial.


Tema Program

Tema program adalah “Merakyatkan Inovasi Demi Kesejahteraan Masa Hadapan” (Humanising Innovation For A Better Future).

Objektif

Meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat keutamaan kepada golongan B40 dan kumpulan yang terkesan akibat selepas pandemik COVID-19 melalui pelaksanaan projek aplikasi teknologi tempatan yang berinovatif yang telah dibangunkan dan sedia dilaksanakan secara mampan